Calender

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA!!!

Pages

Dashboard

Sunday, March 8, 2015

Sup Ayam.

Assalammualaikum w.b.t........ Pembuka kata :)

Alhamdulillah, selesailah sudah majlis kenduri arwah datuk sebelah baba dan kenduri kesyukuran pd hari ini. Walaupun tetamu tidak semeriah mana, at least ada juga yg datang daripada tiada langsung. hahahahaa :D dan majlis berjalan dengan sangat lancar dengan keredhaan-Nya.

So, dengan kerajinan ini, SAM nak share 1 resepi yang sangat sesuai di makan semasa makan tengahari iaitu 3 atau 4 jam selepas kamu bersarapan.
Makanan yang sepatunya korang ambil pada waktu tengahari perlu seimbang dengan protein, karbohaidrat dan lemak yang baik. Hal ini kerana, makan tengahari mampu membekalkan nutrien penting yang sangat kuat dan memberi kamu tenaga yang diperlukan untuk empat hingga lima jam seterusnya dengan mengambil makanan seperti sepinggan nasi ayam, semangkuk mihun sup atau mi rebus bersama isi ayam mahupun daging ataupun nasi putih berlauk seperti ikan dan sayur. Tidak kira apa jenis ikan mahupun sayur, yg penting ikan yang bole dimakan dan sayur yang tidak beracun ;P . *ok, SAM just buat lawak bodoh jer..maybe ada juga org yg tak faham tu. Abaikan ja la,*

Resepi ni mudah a.k.a kacang jerrr tapi sedap untuk korang-korang yang baru nak start belajar masak-masak ni, Yang dah pandai masak mengalahkan chef restoran mewah tu, boleh juga cuba try test resepi ni. hihihii .


RESEPI : SUP AYAM

Bahan-bahannya:
  • Setengah ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar rempah sup atau 1 sup bunjut
  • 2 biji kentang (kupas kulit dan dipotong dadu)
  • 4 cawan air panas
  • secubit garam
Hiasan serta penambah perisa dan aroma:
  • 1 tangkai daun sup (dihiris)
  • 1 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 3 biji bawang merah (dihiris dan digoreng)
Cara-caranya : #apitakpayahbesarsangat
  1. Rebus ayam bersama air yang sekadar menutup isi ayam, bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk, dan halia yang telah dihiris sehingga ayam empuk.
  2. Masukkan 4 cawan air panas, rempah sup atau sup bunjut, secubit garam dan kentang. Rebus hingga kentang empuk.
  3. Hidangkan dan taburkan dengan daun sup, daun bawang serta bawang goreng dan makan bersama sambal kicap. Sup boleh dimakan bersama nasi, mihun mahupun roti.
INGINKAN SUATU KELAINAN ? CUBA CARA INI!
- Resepi ini boleh digunakan bagi membuat sup daging atau sup kambing.
- Bahan tambahan bagi menambah kelazatan, masukkan 1 sudu teh rempah 
beriani bersama rempah sup.


NOTA
Daging lembu dan daging kambing
memerlukan masa yang lebih lama untuk
melembutkannya.
Lihat petua melembutkan daging di sini .




Sekian entry untuk malam ini dan selamat mencuba ! Assalammualaikum.
daripada saya yang menaip,